Tanpa Islam , siapakah kita . Islam is the way of life .

Tanpa Islam , siapakah kita . Islam is the way of life .

Ahad, 29 Ogos 2010

Air Zam Zam.



Dari bekas kaki Nabi Ismail a.s munculnya air zamzam di tengah tengah batuan beku dan keras Kota Mekah khususnya Masjidil Haram . Ianya merupakan satu mukjizat .Telaga zamzam sudah berumur hampir 5000 tahun dan tidak pernah kering meskipun digunakan oleh berjuta juta manusia .ia memiliki bentuk kristal yang berbeza dengan air biasa.Yang paling ajaib kristal air zamzam boleh bertindak balas ucapan kita .Jika kita mengucapkan sesuatu yang elok, ia akan mebentuk kristal yang indah.Hal sebaliknya akan berlaku apabilla kita mengucapkan sesuatu yang buruk.Ketika dibacakan kalimat tasbih dan tahlil, bentuk molekul air zamzam akan berubah menjadi laksana intan dan berlian.Namun ,ketika diucapkan kata yang buruk, molekul air itu akan berubah menjadi sel darah yang buruk rupanya.Keistimewaan dan keberkatan itu disebut dalam hadis Nabi s.a.w ;"Sebaik baik air di muka bumi ini adalah air zamzam .Ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit."
Air zamzam ini memang unik. Ia mengandungi elemen sebesar 2000mg perliter.Biasanya air mineral tidak akan lebih dari 260 mg perliter.Elemen elemen kimiawi yang terkandung dalam air zamzam dan tidak sebagaimana air biasa antaranya:-

1) Positive ions seperti sodium (250mg perliter), calcium (200mg perliter),potassium (20mg perliter)dan magnesium (50mg perliter).

2) Negative ions misalnya sulphur (372mg perliter), bicarbonates (366mg perliter),phosphat(0.25mg perliter) dan amonia (6mg perliter).

Selasa, 24 Ogos 2010

Mata Air Nabi Musa a.s.


Ini adalah mata air Nabi Musa a.s . Salah satu tempat persinggahan sebelum ke Palestin terletak berhampiran dengan PETRA. Diceritakan Nabi Musa singgah di tempat ini dan Allah s.w.t memberikanya mukjizat dengan mengeluarkan mata air dari dalam batu apabila dipukul dengan tongkat baginda sebagaimana disebut dalam Al Quran . Sehingga kini ia masih mengeluarkan air . Di musim sejuk airnya tetap tidak sejuk dan ianya agak likat dan rasanya tidak seperti air biasa .Tempat ini menjadi tarikan pelancongan di Jordan.

Batu Isra Mikraj


Di tengah tengah Masjid Qubah Al Shakhrah(Dome of the Rock),terdapat sebuah batu gunung berukuran kurang lebih 13.8 x 17 meter , yang seolah olah tergantug di udara.Subhanallah ..... bukti kebesaran Allah s.w.t , batu tempat duduk Nabi Muhammad s.a.w semasa beliau melaksanakan Isra Mikraj hingga kini boleh disaksikan mukjizat peninggalan Rasulullah s.a.w itu.

Isnin, 16 Ogos 2010

Bukti Kapal Nabi Nuh a.s.



Di sebuah gunung bersalji di Timur Turki , tersembunyi misteri berharga yang berusia lebih dari 5000 tahun . Pelbagai pihak mencuba melakukan penelitian disana. CIA telah mengunakan satelite untuk mengambil gambar objek di puncak gunung tersebut pada ketinggian 15,000 kaki itu yang dikenali Gunung Aghi Dahl , atau Mount Ararat dan didalam Al Quran disebut sebagai Gunung Judi. Tahun 1959, ilham durupinan, seorang pilot Turki Airforce anggota pasukan NATO mengambil gambar udara di Gunung Ararat perbatasan Iraq dan mendapati benda asing dekat puncak salah satu gunung tertinggi di Turki itu. Dr.Arthur Brande , ahli fotografi dari Ohio University yang memeriksa gambar tersebut mengesahkan ianya adalah Bahtera Nabi Nuh .Berita penemuan Bahtera Nabi Nuh ini sempat ditayangkan olej Majalah Life , Australian Fix Magazine dan American Life Magazine pada 5 September tahun 1960 . Pada tahu 1990 , Ron Wyat bersama Dr.David Fasold, ahli geologi US , membawa perlengkapan canggih untuk membuat kajian tentang Bahtera Nabi Nuh tersebut . Dengan dimensi yang sangat besar tersebut tidak lain ianya adalah The Great Noah Ark(bahtera Nabi Nuh). Binaan utamanya tersusun oleh susunan kayu dari spesis pohon purba yang sudah tidak ditemui di dunia ini lagi. Pengukuran objek yang ditandai mempunyai altidude 7.546 kaki dengan panjang dari bahtera labih kurang 500 kaki , 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi.Ada juga para pengkaji berpendapat bahawa bahtera ini berukuran lebih luas dari padang bola.Jarak dari satu tingkat kesatu tinkat lainnya ialah 12 hingga ke 13 kaki yang memerlukan ribuan kayu balak untuk membinanya untuk dinaiki manusia dan haiwan dari berbagai spesis . Jika ia dibangun di selanan Iraq dan akhirnya terdampar di Timur Turki, kemungkinan besar bahtera tersebut telah dibawa arus air sejauh lebih kurang 520 km. Bagaimanakah Al Quran yang diturun kepada Rasulullah S.A.W 14 abad yang lalu tanpa ada peralatan canggih yang kini dibuktikan kebenaranya.

Makkah dan Madina bercahaya.



Gambar Makkah ini diambil dari IKONOS Satelite milik Space Imaging Inc dan gambar Madinah pula diambil dari Google Maps , USA pada 31 Oktober 1999. Seorang Angkasawan yang berasal dari India , Sunita Wiliams yang berada di Stesen angkasa lepas selama 197 hari bersama 4 temanya yang telah memeluk Islam apabila setelah meneliti dan membuat kajian tentang ibadat umat Islam iaitu Masjidil Haram dan Madinah Al Munawarah (bercahaya). Ia menampilkan fenomena menakjubkan . Terlihat di gambar hanya bangunan masjid sahaja yang bercahaya sementara bangunan di sekitarnya seperti biasa.
Tidakkah ianya satu mukjizat kebenaran Al Quran dan Islam yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia sekarang. Subhanallah!

Assalamualaikum.

Assalamualaikum wahai saudaraku yang dirahmati Allah.Sumbangan anda dialu-alukan.Tuliskahlah rasa cinta anda kepada Islam .Tujuan saya mencipta halaman ini ialah untuk memberikan sedikit gambar mengenai keindahan Islam.Janganlah kita membuat perkara yang dilarang oleh Allah.Assalamualaikum.