Tanpa Islam , siapakah kita . Islam is the way of life .

Tanpa Islam , siapakah kita . Islam is the way of life .

Isnin, 16 Ogos 2010

Bukti Kapal Nabi Nuh a.s.



Di sebuah gunung bersalji di Timur Turki , tersembunyi misteri berharga yang berusia lebih dari 5000 tahun . Pelbagai pihak mencuba melakukan penelitian disana. CIA telah mengunakan satelite untuk mengambil gambar objek di puncak gunung tersebut pada ketinggian 15,000 kaki itu yang dikenali Gunung Aghi Dahl , atau Mount Ararat dan didalam Al Quran disebut sebagai Gunung Judi. Tahun 1959, ilham durupinan, seorang pilot Turki Airforce anggota pasukan NATO mengambil gambar udara di Gunung Ararat perbatasan Iraq dan mendapati benda asing dekat puncak salah satu gunung tertinggi di Turki itu. Dr.Arthur Brande , ahli fotografi dari Ohio University yang memeriksa gambar tersebut mengesahkan ianya adalah Bahtera Nabi Nuh .Berita penemuan Bahtera Nabi Nuh ini sempat ditayangkan olej Majalah Life , Australian Fix Magazine dan American Life Magazine pada 5 September tahun 1960 . Pada tahu 1990 , Ron Wyat bersama Dr.David Fasold, ahli geologi US , membawa perlengkapan canggih untuk membuat kajian tentang Bahtera Nabi Nuh tersebut . Dengan dimensi yang sangat besar tersebut tidak lain ianya adalah The Great Noah Ark(bahtera Nabi Nuh). Binaan utamanya tersusun oleh susunan kayu dari spesis pohon purba yang sudah tidak ditemui di dunia ini lagi. Pengukuran objek yang ditandai mempunyai altidude 7.546 kaki dengan panjang dari bahtera labih kurang 500 kaki , 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi.Ada juga para pengkaji berpendapat bahawa bahtera ini berukuran lebih luas dari padang bola.Jarak dari satu tingkat kesatu tinkat lainnya ialah 12 hingga ke 13 kaki yang memerlukan ribuan kayu balak untuk membinanya untuk dinaiki manusia dan haiwan dari berbagai spesis . Jika ia dibangun di selanan Iraq dan akhirnya terdampar di Timur Turki, kemungkinan besar bahtera tersebut telah dibawa arus air sejauh lebih kurang 520 km. Bagaimanakah Al Quran yang diturun kepada Rasulullah S.A.W 14 abad yang lalu tanpa ada peralatan canggih yang kini dibuktikan kebenaranya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan